Wednesday, March 24, 2010

Minggu Antidadah 2010









Pada 22 hingga 26 Mac 2010 sekolah telah mengadakan Minggu antidadah . Pelancaran dijalankan pada 22 Mac 2010 yang dirasmikan oleh Pn Devi bt Masran, Gb Sk Relong. Antara aktiviti pada hari Isnin adalah membaca perutusan Pengarah pelajaran negeri Pahang dan nyanyian lagu antidadah. Encik Hussaini bin Ibrahim, pegawai khas pendidikan pencegahan antidadah dari PPD telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang pencegahan dadah. Selain itu diadakan juga aktiviti melukis poster, mendeklamasi sajak dan berpidato. Program tersebut telah mendapat sokongan dari pelajar-pelajar SK Relong.