Tuesday, October 27, 2009

PROFIL SK RELONG




Pandangan dari atas peta sekolah



MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN






SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RELONG
KUALA LIPIS PAHANG

SEKOLAH KEBANGSAAN RELONG MULA DITUBUHKAN DI AWAL TAHUN 1933. IANYA BERMULA DENGAN DAYA USAHA DUA ORANG PENDUDUK KAMPUNG YANG BERNAMA ENCIK MAHMUD DAN ENCIK AHMAD BIN IBRAHIM.

MEREKA SECARA SUKARELA TELAH MENJADI TENAGA PENGAJAR DI SEKOLAH INI. BANGUNAN INI TELAH DIDIRIKAN DENGAN BANTUAN PENDUDUK KAMPUNG MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN TEMPATAN. MURID SULUNG SEKOLAH INI ADALAH SERAMAI 35 ORANG MURID.

DALAM TAHUN 1938, KERAJAAN MULA MENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN SEKOLAH INI. DUA ORANG GURU TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN MENERAJUI PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH IAITU CIKGU WAN ISHAK BIN WAN KADIR SEBAGAI GURU BESAR DAN CIKGU ISA SEBAGAI GURU PENOLONG. ENCIK MAHMUD DAN ENCIK AHMAD BIN IBRAHIM WALAUPUN DIPELAWA UNTUK MENGAJAR, TETAPI MEREKA TELAH MENOLAKNYA.

MASA BERLALU. SEKOLAH YANG KEMUDIANYA TERLETAK DI PERSISIRAN JALAN RAYA ANTARA BANDAR KUALA LIPIS DENGAN BANDAR GUA MUSANG TELAH BERKEMBANG DALAM SEMUA ASPEK. PERKEMBANGAN INI ADALAH BERKAT DAYA USAHA PARA GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH DI BAWAH PIMPINAN GURU BESAR-GURU BESAR BERIKUT:

1. EN.WAN ISHAK BIN WAN KADIR 1938 - 1953
2. EN.MD.SHARIFF BIN SALLEH 1954 - 1958
3. EN.MOHD NOR BIN KARIM 1959 - 1967
4. EN.WAN BADRUZAMAN BIN WAN AKOB 1968 - 1971
5. EN.SUHAIMI BIN MAT AROP 1972 - 1981
6. EN.MAT LUDIN BIN SAID 1982 - 1986
7. EN.MOHD HATTAR BIN ABD RASID 1986 - 1994
8. EN.OMAR MOKTAR BIN ABD KADIR 1994 - 1996
9. EN.MOHD ROSMI BIN MOHD DIN 1996 - 1997
10. EN.SHAHRIR BIN OSMAN 1997 - 2000
11. EN.ILIASSA BIN PUTEH 2001 - 2003
12. EN.ABDUL AZIZ BIN MOHD ZAIN 2003 - 2004
13. PN.DEVI BINTI MASRAN 2005 - SEKARANG


PADA TAHUN 1993, SEKOLAH KEBANGSAAN RELONG TELAH MENDAPAT PERUNTUKAN BANGUNAN DUA TINGKAT DENGAN LAPAN BILIK DARJAH. PERTAMBAHAN BILANGAN PELAJAR PADA TAHUN-TAHUN BERIKUTNYA TELAH MEMBERI PERUBAHAN FIZIKAL KEPADA SEKOLAH INI.


PADA TAHUN 1998, SATU BANGUNAN DENGAN EMPAT BILIK DARJAH TELAH DIBINA HASIL GOTONG ROYONG PIBG DAN PENDUDUK KAMPUNG. PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN YANG SEMAKIN MENEKAN ASPEK FARDU AIN KEPADA PELAJAR TELAH MENYEDARKAN PIHAK SEKOLAH DAN PIBG BETAPA PERLUNYA SEBUAH SURAU UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR. BERKAT USAHA PIBG DENGAN MENGUTIP DERMA DARIPADA AHLI, BEKAS PELAJAR, AHLI-AHLI PARLIMEN DAN BADAN-BADAN KORPORAT, SEBUAH SURAU YANG CANTIK TELAH TERDIRI PADA TAHUN 1998.


PADA TAHUN 2001, SEKOLAH TELAH MENDAPAT PERUNTUKAN SEBUAH MAKMAL KOMPUTER UNTUK KEGUNAAN P & P. SEHINGGA KINI SEKOLAH KEBANGSAAN RELONG TELAH BERGERAK MENGIKUT PEREDARAN ARUS KEMAJUAN DAN PENDIDIKAN DI BAWAH GANDINGAN MANTAP GURU-GURU, KAKITANGAN SEKOLAH, PIBG DAN MASYARAKAT SETEMPAT.





MOTO

KERJASAMA, KETEKUNAN ASAS KECEMERLANGAN


VISI


Menjadi sekolah yang terbilang di kalangan yang
Cemerlang dan mencapai tahap Sekolah Harapan Negara
pada tahun 2010


MISI


Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan pelajar yang Cemerlang dan Harmonis dari segi
Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani.

Memastikan persekitaran sekolah ceria, kondusif dan



selamat untuk pembelajaran.


Memastikan pengurusan pentadbiran sentiasa cekap, mesra,
telus dan berkesan.

Memastikan wujudnya kemesraan dan pemuafakatan dengan
badan-badan luar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
dan gemilang berlandaskan wawasan 2020.




LAGU SEKOLAH

Sungguh megah indah
Sekolah tercinta
Di sini tempatnya
Ilmu ditimba
Gurunya budiman
Bersemangat waja
Jasa tak terlupa
Selama-lama

chorus:- SK Relong, SK Relong
Sumber ilmu di dada
SK Relong, SK Relong
Maju terus berjaya

Kami bersedia
Bertekun belajar
Demi masa depan
Untuk ibunda
Semangat sukan
Bersedia kawan
Disiplin dijaga
Tonggak utama

chorus:- SK Relong, SK Relong
Sumber ilmu di dada
SK Relong, SK Relong
Maju terus berjaya


Rentak lagu: March
Pencipta : En.Wahidudin B. Abd.Manap






3 comments:

  1. Kenapa tidak disenaraikan bekas pelajar sekolah kebangsaan Relong, lihat memori saya dalam blog saya http://sungaibatuderelong.blogspot.com

    Dr Aminudin

    ReplyDelete
  2. saya
    bekas pelajar sekolah melayu,sekolah umum,
    sekolah kebangsaan kg,relong k,lipis phg.
    daripada tahun 1954 sampai 1959.

    dengan ini,
    mengucapkan ribuan terima kepada guru-guru
    dikala itu mengajar mendidik dengan sempurna
    walaupun kejayaan sederhana saja,itu pegangan
    perjalanan hidup saya.

    diharap.

    guru-guru yang ada ketikaini,disekolah ini,
    dewasa ini,jalanlah tugas sebaik mungkin,
    kerana tiada mahu melihat anak-anak murid ga-
    gagal dalam perjalanan masa depan,dari guru-
    guru.

    # sebaik-baik jalan,perjalanan hidup
    adalah keserdehanaan #

    sekian terima kaseh.

    mahayuddinmohamedmat
    mohamed bin mat,
    (mohamed.m.z.)
    desa perian kuala lipis pahang.
    20,12,2011.

    ReplyDelete
  3. sambutan 75 tahun jubli intan sek,keb,relong kuala pahang.mengucapkan selamat menyambut 75tahun jubli intan pada 3,4,5nov2013yang baru berlalu,diucapkan kepada semua bekas guru dan pelajar selamat maju jaya.dariku mahayuddinmohamed mat[Mohamed,M.Z.] desa perian kuala lipis pahang.14.11.2013 terima kasih,

    ReplyDelete