Tuesday, December 1, 2009

PERATUSAN UPSR SKR MENINGKAT






UPSR 2009 telah membanggakan sekolah ini kerana peratusan UPSR telah meningkat 76% berbanding dengan tahun 2008 69% sahaja. Walaupun SKR hanya mendapat 3 orang 5A dan 7 0rang 4A 1 B tetapi ini telah memberi semangat baru pada masa hadapan dengan mencatat keputusan yang lebih baik lagi .

Majlis penganugerahan kepada pelajar-pelajar cemerlang telah diadakan pada 20hb November. Semua ibu bapa Tahun 6 turut hadir meraikan pelajar yang cemerlang. PIBG SKR turut menyumbangkan hadiah Dictionary elektronik kepada 3 orang pelajar 5A dan wang saku kepada setiap pelajar yang mendapat 5A, 4A 1B dan 3A 2B . Guru Besar, Pn Devi bt Masran telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang berjaya. Beliau berasa bangga dengan keputusan ini dan berharap akan mendapat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan.


2 comments:

  1. sya wakil murid2 thn6 2009 mengucapkan beribu terima kasih kpda guru2 yg bertungkus lumus mengajar kmi...kami berjanji akn meningkatkan prestasi kmi pda masa akn dtg..terima kasih ckgu..

    ReplyDelete
  2. Tq. kami di sini sentiasa akan membantu anda untuk terus menuju puncak.

    ReplyDelete